Welcome To My Blog ..


Saya ingin berkongsi pengalaman dengan anda, terutama yang mempunyai perut agak besar dan buncit. Jika tubuh badan di timbang, pastinya berat badan melebihi imbangan berat yang sepatutnya (berat yang ideal). Ini apa yang telah berlaku pada saya sebelum ini.

Saya memiliki ketinggian 5'02" tetapi mempunyai berat yang tidaklah berat sangat, iaitu sekitar 73 kg hingga 75 kg. Jika makan lebih, ia menjadi 75 kg dan jika puasa atau kurang makan untuk dua tiga hari, ia menjadi 73 kg. Begitulah kitaran berat badan saya sebelum ini. Sedangkan berat ideal yang saya perlu ada adalah sekitar 55 kg hingga 60 kg sahaja.

Dengan berat badan yang berlebihan, saya menjadi tidak selesa. Jalan sikit dah penat. Kalau naik tangga jangan cerita lah, memang letih. Perut pulak macam ada belon. Buncit semacam jer.. Maka, saya mengambil keputusan untuk berjogging setiap pagi selama 2 jam dan join geng batminton untuk mengeluarkan peluh dan mungkin dapat memecahkan lemak yang sekian lama tersimpan di dalam badan. Huhh, hampir 3 bulan melakukan aktiviti yang seumpama itu, namun keputusannya hanya sedikit penurunan berat badan yang berlaku. Mana tidaknyer, lepas bersukan badan terasa letih dan lapar. Jadi, makan dengan banyak lah jawabnyer. Fuhh.. bersukan memang ada penurunan berat badan, tetapi mengambil masa yang lama sehinggakan macam terasa boring pun ada..

Dalam tercari-cari kaedah untuk menurunkan berat badan, kawan saya memperkenalkan Alpha Lipid SD2 ini. Pemenang Guiness World Of Record dalam kategori pelangsing terpantas di dunia khabarnya. Hmmm bunyi agak bagus. Tanpa berlengah, saya terus mencuba. Ada pantang larang rupanya untuk menggunakan produk ini. Yer lah kan, kita ni umpama memiliki penyakit gemok, so, kenalah patuh tentang pantang larangnya. Macam orang kena penyakit kencing manis, memang dia berubat tapi pada masa yang sama dia hentam gula lebih, so tak sempurna jugalah prosesnyer. Begitu juga dengan berubat orang penyakit gemok nie.. ubat makan.. tapi kalau langgar pantang larang, gemok takkan jadi kurus.. Hmm kalau nak kurus, ubat nyer dah ada, tapi kenalah patuh dengan pantang larangnyer.. Jika mental kuat 'nak kurus, nak kurus, nak kurus', saya percaya anda pasti BOLEH KURUS melalui produk ini.

Saya hilang 13 kg dengan menggunakan 3 tin Alpha Lipid SD2 ini. Malah ada yang lebih hebat, 8 kg turun berat badan dengan hanya menggunakan 1 tin SD2 sahaja. Badan orang ni rupanya lain-lain.. Yang guna 1 tin terus dapat turun banyak tu untunglah.. saya kena 3 tin.. hu hu.. Yang pastinya Alpha Lipid SD2 ini adalah supplement yang terbaik untuk anda menurunkan berat badan.. Cubalah, anda pasti tidak akan menyesal..

Nukilan dari Nasir Yusof 013-6290666 (Shah Alam).


Thursday, November 29, 2012

Penghataran Segera, Hari Ni Order, Lusa Dapat.


Hai kawan-kawan.. Kita sedia maklum, Alpha Lipid SD2 ni hanya boleh di beli di Pejabat New Image, Mid Valley, KL. Yang duduk dekat-dekat sini senang lah kalau nak beli. Tapi kalau yang duduk jauh?? Agak terbatas juga rasanya kalau nak datang sini untuk beli produk New Image.

Namun, bagi yang membeli dengan saya, penghantaran segera akan dibuat. Biasanya orang yang order hari ni, saya akan kumpulkan order tersebut sehingga malam. Dalam jam 10 malam, saya akan tulis siap-siap kat kotak pembungkus tu nama, alamat dan nombor HP pembeli. Jadi senang, esok tak kelam kabut. Saya pun kekadang banyak juga kerja lain yang nak di buat. Sebelum tu, susu tu saya dah bungkus siap-siap. Ada yang 1 tin, ada yang 2 tin, ada yang 3 tin dan sebagainya. Jadi senang, tinggal tulis nama jer lagi.

Esoknyer, biasanya dalam jam 10 pagi lepas breakfast, saya terus ke pejabat GDex di Seksyen 24 Shah Alam untuk buat pengiriman kepada pembeli. Kekadang saya guna GDex, kekadang Kurier Poslaju Malaysia. Kalau bungkusan tu besar (6 tin ke atas), saya akan guna GDex sebab lagi murah jika dibandingkan dengan Poslaju. Kalau setakat 1 atau 2 tin sahaja, poslaju pulak lagi murah.. :)

Hari Lusa, biasanya anda akan dapat barang di order... Begitulah rutin penghantaran yang saya buat. Jadi, kalau kawan-kawan nak kan penghantaran segera, ORDER melalui saya OK!!!!






Ni sebahagian dari resit penghantaran melaui GDex dan Poslaju.. Terima kasih kepada anda yang mempercayai saya kerana saya akan minta bayaran dahulu sebelum pos barang.

Upah pos bergantung kepada berat dan saiz bungkusan dan lokasi anda. Secara purata nya, saya charge Rm10 (1 hingga 2 tin), Rm15 (3 hingga 4 tin) dan Rm20 (5 hingga 12 tin). Harga tu termasuk dengan upah bungkus lah yer.. :)   Boleh yer???



Saya ni jenis yang suka berjalan, tapi tak lah selalu. Contohnya, kalau saya balik kampung ker, pegi Penang ker.. saya akan post kat FB (add yer : nasiryusof71@yahoo.com). Jadi, kalau ada kawan-kawan yang nak susu ni, boleh jumpa dilokasi yang akan saya singgah. Macam tempohari, saya nak balik kampung (Teluk Intan), ada customer suruh singgah kat Tanjung Malim sebab dia nak 1 tin, so saya akan singgahlah. Dalam kes macam ni, tiada kos penghantaran dikenakan sebab tempat tu secara kebetulan saya lalui. Saya minta 30 hingga 45 minit masa anda untuk menerangkan bagaimana untuk menggunakan susu ni. Biasanya lepak kedai kopi lah kan.. Hmmm tolong bayarkan kopi O secawan boleh??

Ok lah ya, pe pe hal, boleh call saya di talian 013-6290666 atau add saya di FB melalui email nasiryusof71@yahoo.com.

TQ...

Wednesday, November 28, 2012

Nak Cuba Lah...






Semalam saya dapat satu call dari kawan lama. Dia mengikuti perkembangan Alpa Lipid S2 ni hampir 3 bulan dah. Mungkin dia nak beli dah kut.. Hmm.. setelah berbual, benar andaian saya..

Jam 2 petang, dia datang rumah, ambik barang terus. Sempat saya ambil gambar dia. Nak turunkan tak tau berapa kilo katanya. Just minum dulu, nanti kalau dah turun sampai badan nampak kurus, baru stop..

Dia tak lah gemok sangat, cuma bahagian perut ada boroi sikit. Macam saya juga lah dulu.. Pada pandangan mata saya, dia ni kalau turun 10 kg dah cukup cun.. So, saya suggest dia ambik 1 tin dulu, cuba try test.. Kalau ok, ON lagi untuk tin ke 2.. Buat betul-betul, ikut arahan bagaimana cara nak guna produk tu, InsyaAllah pasti berjaya...

Ok lah ya, saya nak breakfast jap... nanti kita lihatlah perkembangan beliau ya.. SEMOGA BERJAYA..




Monday, November 19, 2012

Berat IDEAL untuk Lelaki dan Wanita

Nah.. jadual di atas adalah BERAT IDEAL untuk Lelaki dan Wanita. Cuba anda check berat anda, ok tak?? Kerrr terlebih berat.. Hmmm... jika terlebih berat, anda sepatutnya melakukan sesuatu untuk mengimbangkan berat badan dengan ketinggian anda.


Pentingnya Menjaga Berat Badan Yang IDEAL

 Berat badan ideal adalah dambaan setiap orang, lelaki atau perempuan di mana dengan mempunyai berat yang ideal, anda akan kelihatan lebih sihat, tampan, cantik, menarik dan awet muda. Berat badan yang ideal juga merupakan salah satu indicator untuk menilai bahawa seseorang itu dikatakan sihat. Jika berat badan kita berlebihan (obesiti), ia akan memberikan impak yang tidak baik bagi kesihatan tubuh. Berbagai penyakit yang berhubungan dengan sistem jantung dan pembuluh darah akan menjadi ancaman bagi orang yang mengalami obesiti. Begitu juga dengan berat badan yang kurang, ia akan memberi impak yang tidak baik pula pada kesihatan.

Di zaman moden ini, banyak perkara yang menyebabkan permasalahan berat badan ini, antaranya perut akan kelihatan buncit, kolestrol akan bertambah dan pastinya akan menyebabkan obersiti. Masalah ini bukan saja terjadi pada negara maju, tetapi ia juga terjadi pada negara yang sedang berkembang. Perkara ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti keturunan, pola pemakanan yang tidak sihat, kurangnya bekalan nutrisi dalam tubuh, makan berlebihan dan terlalu banyak minum minuman soda.

Kesan yang akan diperolehi hasil dari berat yang berlebihan ini bukan saja mengganggu penampilan, tetapi ia juga boleh mengganggu kesihatan sehingga timbulnya penyakit diabetes, kanser, penyakit jantung, darah tinggi, stroke, kolestrol dan boleh juga mengakibatkan kegagalan ereksi bagi lelaki kerana 70% penyakit umumya berkaitan dengan masalah diet dan berat badan.

Oleh kerana itu, perlu kita ketahui bertapa pentingnya menjada berat badan agar tetap ideal. Berikut ini adalah tips bagaimana untuk menjaga berat badan ideal.

1.  Makan makanan yang bervariasi supaya keperluan tubuh dipenuhi oleh pelbagai nutrient.
2.  Minum banyak air putih. Paling kurang 8 gelas untuk satu hari.
3.   Kurangkan minum minuman yang manis seperti sirap, soda.
4.  Banyakkan bersukan secara teratur untuk membina pertumbuhan tulang yang kuat.

Ok lah.. dah nak Maghrib, nanti sambung lagi ok... Yang penting, tu check berat anda.. Kalau lebih, kurangkan ya. Kalau kurang, hmmm banyakkan makan lagi.. :)


Sunday, November 18, 2012

Bagaimana nak menjadi ahli? Bagaimana nak buat business? Bagaimana nak jadi pengedar?

Bagaimana nak menjadi ahli? 
Bagaimana nak buat business? 
Bagaimana nak jadi pengedar?
 
Nak Jadi Ahli?

Yuran pendaftaran hanya RM60 (Semenanjung) / RM70 (Sabah/Sarawak). Dengan membayar yuran keahlian, anda layak untuk membeli barangan dengan harga ahli.


Banyak Kelebihan jadi Ahli sebab keahlian anda adalah seumur hidup!! Selagi anda beli Alpha Lipid & Slim Diet lah...


Cukup ker hanya sebagai pembeli?
Jadikan ianya sebagai sumber PENDAPATAN anda juga! Terdapat GANJARAN dan FAEDAH jika anda menjadi ahli dan PENGEDAR produk ini.

Sebab UTAMA mengapa produk 
Susu Kolostrum Alpha Lipid Lifeline & Slim Diet 2 mampu dipasarkan ialah:
        "Produk Ini Sangat Berkualiti Dan Sentiasa Dicari Oleh Ramai Orang Sepanjang Masa"

Sesuatu perniagaan tidak akan dapat bertahan lama jika produk tidak bagus dan tiada pembeli. Dengan produk Alpha Lipid Lifeline & Slim Diet 2, anda bakal berjaya kerana anda memasarkan sebuah produk berkualiti yang diperlukan oleh semua orang.


 
Nak Join Bisnes?? '

Ramai dah dapat "bau" atau tahu bahawa ramai top leaders atau pengedar Alpha Lipid & Slim Diet dapat wang bonus bulanan dan bonus royalti yang banyak dan mudah. Jadi nasihat saya, kalau nak bisnes, JANGAN join jika setakat nak jadi ahli saja. Anda memang boleh buat duit melalui produk ni.
 
Simple: Beli 30tin (Alpha Lipid) atau 42tin (SD2) = terus jadi SUPERVISOR!! (anda juga boleh campurkan produk).

Modal RM4500, untung 25% setin (alpha lipid) atau RM25 setin + rm30 untung runcit, jadi jumlah untung adalah RM55 setin.

Untuk SD2 untung 16% setin atau RM16 setin + RM36 untung runcit, jadi jumlah RM52 setin.
Ini belum kira jika anda membina rangkaian/empayar bisnes anda. Memang banyak dan berbaloi investment anda. Berbanding 8% untung setahun jika simpan duit di dalam ASB.

Kelebihannya ialah banyak:


1. Supervisor layak kumpul PV (tin) untuk dapat Royalti Bonus Setiap 6 bulan.

2. Komisyen rm25 setin adalah tetap.

3. Overriding daripada group dah bermula.

4. Potensi untuk berkembang ke arah RUBY (income RM8000 sebulan).

5. Potensi untuk mendapat Country Pool 1%, 2%, 3%


Anda juga boleh terus join Pangkat Manager. Semua terpulang kepada anda. Cuma dinasihatkan anda untuk hubungi saya untuk penjelasan yang lebih lanjut.


AWAS!!
ada juga sesetengah website mengalu-alukan anda isi borang secara online, Sebenarnya tiada borang online. Kertas borang "hard copy" ada boleh didapati dgn ejen/pengedar yang sah. Semua pendaftaran akan didaftarkan melalui syarikat beribu-pejabat di Midvalley City sahaja. 


MARKETING PLAN

 Untuk info lanjut bolehlah hubungi saya,  
NASIR YUSOF 013-6290666 
untuk temujanji.

Harga Produk Dari New Image


Promosi NOVEMBER


Produk Pelangsingan Badan Terkenal Di New Zealand Kini Di MALAYSIA !

Hasil dari kejayaan dan sambutan yang luar biasa dari produk kolostrum Alphalipid Lifeline, langkah seterusnya NZ NEW IMAGE telah memperkenalkan satu lagi produk baru yang BAKAL MENGGEGARKAN pasaran Malaysia. Sejak akhir-akhir ini kami di slimdiet2.net mula menerima banyak pertanyaan dan pesanan walaupun baru sebulan dipasarkan.



SLIM DIET 2 (SD2) 



  • Memegang Rekod Dunia dengan penurunan berat badan 64kg dalam masa 1 bulan
  • Melangsingkan badan secara sihat & semulajadi dengan program yang ringkas & mudah
  • Sihat dengan zat-zat pemakanan yang seimbang
  • Kadar penurunan berat yang seimbang & sekata, tiada masalah kulit kendur & berkedut
  • Masalah kesihatan yang dialami bertambah baik tanpa disedari

  •   Nak kurus tanpa perlu berlapar?
    Bunyinya seperti anda tak percaya.. tapi itulah hakikatnya apabila anda mengikuti program diet secara sihat bersama slim diet 2 (SD2).

    Slim diet 2 adalah produk pelangsingan badan yang terkenal di New Zealand dan kini baru dipasarkan di Malaysia. Program yang berdasarkan kepada
    penyimpanan protein dan diet ketogenik ini adalah hasil kajian sekumpulan ahli perubatan dari Harvard Medical University ( Dr.George Cahill and Dr. George Blackburn). Hasil dari kajian ini, syarikat NZ New Image Asia Sdn.Bhd yang juga pengeluar produk Colostrum Alpha Lipid Lifeline telah menghasilkan produk Slim Diet 2 yang mampu menggegarkan pasaran di Malaysia. Jangan terkejut jika dikatakan di New Zealand rekod tertinggi penurunan berat badan adalah 64 kg dalam tempoh sebulan.


    Apa itu slim diet (SD2)?
    SD2 adalah satu produk penurunan berat badan yang berasaskan soya protein isolote yang terpilih dan bergred tinggi, serat soya, diperkayakan dgn asid amino, vitamin A,B,C,D,E dan mineral. SD2 juga bukanlah 'meal replacement' dimana kita perlu berlapar tetapi ia adalah 'meal supplement' dimana anda perlu makan tanpa meninggalkan rutin harian anda. Oleh itu, semasa kita melalui program ini, kita tidak akan merasa letih dan kelihatan lesu seterusnya ia akan memberi kita tenaga walaupun proses pembakaran lemak terjadi.
    Kelebihan menjalani program Slim Diet 2:
    Ianya adalah selamat kerana ia berasaskan protein soya dan zat-zat pemakanan yang seimbang. Tidak mengandungi segala jenis dadah yang berbahaya dan ianya adalah produk di bawah kajian pakar-pakar perubatan.
     
    Ianya adalah berkesan. Kita merasa kenyang walaupun proses penurunan berat badan masih berterusan. Ia juga tidak menimbulkan kesan kulit kendur dan berkedut selepas penurunan. Penurunan purata 1 minggu adalah 3kg jika setia pada program tanpa perlu berlapar.
     
    Program SD2 juga adalah lebih menjimatkan jika dibandingkan dengan program-program yang lain yang beasaskan latihan fizikal dan kawalan kalori. Maksudnya disini adalah kos perkg bagi penurunan berat badan adalah lebih murah.
     
    Sd2 juga menyebabkan proses nyahtoksik dan pembersihan sistem badan secara semulajadi. Tidak perlu ubat tambahan untuk proses ini. Cukup dengan meminum air yang banyak.|
     
    yang penting sekali, kita boleh mencapai penurunan berat badan yang maksimum dalam masa yang singkat dan kemungkinan penambahan balik berat badan atau 'yo-yo effect' dapat dikurangkan.


    Hasil dari kajian khusus dalam journal perubatan oleh sekumpulan ahli perubatan dari Harvard Medical School membuktikan keberkesanan menurunkan berat badan berdasarkan PENYIMPANAN PROTIN DAN DIET KETOGENIK. Ianya terbukti:
    • Selamat dan Efektif kerana bersumberkan Alami.
       
    • Bertindak mengikut sistem penurunan berat badan secara semulajadi dan maksimum.
       
    • Memulihkan punca pertambahan berat dan bukannya hanya merawat simptom.
       
    • Tidak menyebabkan otot menggeleber atau menyebabkan kendur melaikan otot dan kulit yang mantap.
       
    • Nyahtoksik & pembersihan sistem badan berlaku secara spontan.
       
    • Program yang menawarkan ganjaran hebat dengan penurunan yang cepat berbanding dengan program yang berasaskan latihan fizikal dan kawalan kalori.
       
    • Berdasarkan jumlah jualan di Asia Pasifik, produk penurunan berat badan dengan NZ New Image SDII telah menurunkan 6000 tan lemak di seluruh dunia sepanjang 21 tahun di pasaran.
       
    • Dijamin hasil yang memuaskan, berkesan, dan menjimatkan.
       
    • SDII adalah program menurunkan berat PERTAMA DIDUNIA yang amalkan teknik diet karbohidrat rendah.
       
    • Memegang cacatan WORLD GUINNESS BOOK OF RECORDS kategori penurunan terpantas.
       
    • Kunci kejayaan SDII ialah: TURUNKAN DIET KARBOHIDRAT + KURANGKAN LEMAK.
       
    • Penurunan purata 1 minggu = 3KG ADALAH PASTI ! (Jika setia pada syarat) Tanpa perlu berlaparan!
    Prinsipnya menghampiri pengurangan berat badan secara semulajadi dan ianya terbukti berkesan dan selamat. SLIM DIET II membekalkan kesemua zat pemakanan yang seimbang seperti protin berkualiti tinggi, pelbagai vitamin, galian mineral dan asid lemak dalam jumlah keperluan seimbang. Ianya juga telah diperkayakan dengan protin (protin soya isolat). Masalah kesihatan yang sedang dialami juga bertambah baik tanpa anda sedari seperti darah tinggi, sakit jantung, masaalah berkaitan pernafasan dan obesiti. Insya'allah. Ianya tidak menyebabkan:
    • Rasa lapar yang menyeksakan. Hanya makan makanan anda seperti biasa 3 kali sehari. 
    • Ianya tiada kesan sampingan dan rasa tidak selesa yang kerap berlaku dalam program penurunan berat biasa yang lain.
    Pengurangan berat badan melalui SLIM DIET II adalah mudah, selamat dan berkesan. Pengurangan berat badan adalah PASTI manakala rasa lapar dapat dihindari. Paling penting ialah kemungkinan penambahan balik berat yang dikurangkan adalah sangat rendah.


    PROTIN

    Protin adalah asas kepada semua sel yang hidup. Protin adalah berasal dari perkataan Greek yang bermaksud 'pertama' kerana protin dikatakan sebagai bahagian tubuh badan manusia yang terpenting sekali.

    Protin sering digunakan. Oleh kerana badan kita tidak mampu menyimpan protin, maka ianya perlu digantikan setiap 160 hari. Sel-sel hati pula digantikan setiap 2 minggu  manakala sel-sel darah adalah setiap 30 hari. Oleh kerana sel-sel organ ini terdiri daripada protin, hanya protin sahaja yang dapat membina, membaiki dan mengekalkan fungsi tubuh kita.

    SLIM DIET II atau singkatan SDII dari NEW IMAGE hanya menggunakan Protin Soya Isolat sebagai ramuan asas dalam SDII. Protin soya Isolat merupakan komponen protin yang telah diasingkan daripada kacang soya. Ia membekalkan protin berkualiti tinggi yang setara dengan susu dan telur tetapi bebas dari lemak tepu dan kolesterol.



    Anda Ingin Mencuba Produk Ini??? Dapatkannya sekarang dari saya.. Nasir Yusof 013-6290666 (Lokasi Shah Alam). Penghantaran segera ke seluruh negara.

     Perhatian!
     Ibu yang hamil atau sedang menyusu bayi tidak seharusnya menyertai apa-apa bahagian dalam program penurunan berat badan.
    • Kepada kesemua pengidap Diabetes Mellitus (IDDM) yang bergantung kepada insulin, adalah perlu pengawasan doktor ketika anda menyertai program ini.
    • Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu jika anda mengambil atau amalkan ubatan tertentu.

      Saturday, November 17, 2012

      Kenapa Perlu UriScan Ketostik

      Alpha Lipid Slim Diet II dan Slim Diet II adalah satu program/pelan diet yang berasaskan kepada Ketosis iaitu proses semulajadi pembakaran lemak kepada tenaga. Oleh itu, tahap pembakaran lemak kepada protein boleh diukur dengan menggunakan Keto Sticks (contoh seperti dalam gambar di atas). Masa terbaik untuk melakukan pemeriksaan adalah pada hari ke-3 hingga hari ke-7 anda mula mengambil ALSD2 atau SDII.

      Caranya: lakukan ujian ke atas air kencing anda sebaik-baiknya di awal pagi sebelum makan/minum apa-apa. Celupkan Keto Sticks ke dalam air kencing selama 1 – 2 saat. Pastikan bahagian depan Keto Sticks yang terdapat kertas ujian tercelup ke dalam air kencing sepenuhnya. Bandingkan keputusan ujian dengan jadual keputusan Keto Sticks.

       Jadual Keputusan Keto Sticks

      Jika keputusan (perubahan warna) menunjukkan: (Rujuk Jadual Keputusan Keto Sticks )
      Putih (Negative) – Menunjukkan anda bukan di peringkat ketosis iaitu anda masih mengambil terlalu banyak karbohidrat dalam diet harian anda.

      Merah sangat muda (Trace) – Anda dalam keadaan ketosis iaitu pembakaran lemak kepada tenaga sedang berlaku. Walaubagaimanapun anda masih belum di tahap yang ideal.

      Merah muda (Small) – Ini adalah bacaan ideal di mana anda dalam keadaan ketosis dan corak pengambilan karbohidrat / pemakanan anda adalah betul.

      Ungu muda (Moderate) – Anda dalam keadaan ketosis yang agak tinggi. Kemungkinan besar badan anda memerlukan lebih air.

      Maroon / Ungu (Large) – Ketosis terlalu tinggi dan tubuh anda amat memerlukan air dan anda perlu mengambil karbohidrat dalam diet anda.

      Chef Wan in Da House


      Ok...nampak tak siapa tu duk usung produk Alpha Lipid. Chef Wan uolls..
      Pakar pemakanan dan masakan bertaraf dunia kita ini usung apa? 
      Ya produk kita dah ke luar negara dan Chef Wan pun cakap produk kita terbaik lebih-lebih lagi ALLPHA LIPID LIFELINE yang bagi beliau sangat powerful untuk minda dan cegah penyakit.
      Anak beliau Serena pula amik Alpha Lipid SDII untuk kuruskan badan. 

      Chef Wan yang sangat fussy dalam memilih produk kesihatan tetapi selepas mengkaji
      produk kami dan try produk ini.. dan dia SANGAT BERPUAS HATI!!!

      Haa.. so nampak kan produk ini memang bagus. Memang la mahal tapi sangat bagus, sangat baik, sangat berkesan. Berbaloi-baloi jika beli tak RUGIII..

      Memandangkan ramai sangat yang call, sms saya bertanyakan promosi ada lagi ke tidak...
      Jadi dengan baik hatinya saya nak adakan promosi lagi minggu ini.. TUNGGUUU...

      Alpha Lipid SD2 : Mengapa Penurunan Berat Anda Perlahan?

      Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,


      Kali ini saya ingin berkongsi berkenaan persoalan yang kadangkala diajukan kepada saya iaitu, "Apakah yang boleh memperlahankan kesan penurunan berat badan semasa pengambilan Alpha Lipid SD2?". 

      Ya, jika anda mengamalkan diet Alpha Lipid SDII, potensi penurunan mingguan anda adalah antara 2-5kg. Namun, harus diingat bahawa ianya mestilah dilakukan dengan cara yang betul.

      Jika anda tersalah secara sedar mahupun tidak sedar, ia akan mempengaruhi keputusan yang bakal anda dapat sepanjang pengambilan Alpha Lipid SD2 ini. Antara 'gangguan' yang boleh memperlahankan penurunan berat badan anda adalah:

      1 - Mengambil makanan yang mengandungi karbohidrat. Mungkin anda terambil secara tidak sengaja 
      atau secara sengaja makanan yang mengandungi karbohidrat tersembunyi.

      2- Pengambilan ubat-ubatan yang mengganggu penurunan berat dan hormon anda seperti Antidepressants, Estrogen dan HRTs (termasuk ubat perancang kehamilan) serta steroids.

      3 - Mengalami haid (menstruation) atau pra putus haid (premenopause) bagi golongan wanita.

      4 - Perut anda berlapar kerana anda tidak makan secukupnya. Ini menyebabkan badan anda menyimpan lemak untuk tempoh yang lebih. Oleh itu, makan sekurang-kurangnya 3 kali sehari.

      Jika anda ada membuat perkara-perkara di atas, ia sememangnya akan menganggu penurunan berat badan anda ketika pengambilan Alpha Lipid SD2. Oleh itu, pastikan anda lebih berhati-hati di masa hadapan untuk mengelakkan kerugian masa dan wang anda. Tidak berbaloi jika anda membeli produk pengurusan badan ini tetapi tidak mengikut cara yang sebenar dan tidak mendapat kesan seperti yang sepatutnya.

      Extra Tips:  Ambil 1 sudu minyak zaitun (Olive Oil) dan 1 sudu cuka epal (Apple Cider Vinegar) dalam bancuhan Alpha Lipid SDII sekali sehari untuk mempercepatkan lagi pembakaran lemak. Di mana nak beli? Anda boleh jumpa di pasaraya berdekatan dengan anda. Selamat mencuba! 

      8 Cara Mudah Kuruskan Badan Dengan Berkesan

      Apakah anda masih kekal gemuk walaupun anda dah cuba pelbagai cara untuk kuruskan badan?

      Biar saya beritahu anda satu rahsia:

      Jangan harap anda nak kurus kalau anda tak tahu 8 cara asas untuk kuruskan badan anda. Malah, jika anda betul-betul amalkannya, anda akan kurus dengan berkesan!

      Bagaimana? Teruskan bacaan anda...

      Saya akan senaraikan kesemua 8 cara mudah tersebut seperti berikut:

      1. Kawal Pemakanan Anda 
      * Pastikan anda berhenti sebelum anda rasa kenyang atau terlalu kenyang.

      * Tahukah anda, setiap lebihan makanan/ kalori yang anda makan akan bertukar menjadi LEMAK jika ia 
         tidak dibakar melalui aktiviti harian anda. 

      * Fakta: Setiap lebihan 8000 unit kalori dalam badan, berat badan anda akan naik 1KG!

      2. Kurangkan Karbohidrat, Lebihkan Protein
      * Untuk pengetahuan anda, pengambilan karbohidrat dalam kuantiti yang banyak akan menggemukkan 
         badan anda. Malah karbohidrat hanya memberikan kesan kekenyangan yang sementara (2 jam 
         sahaja) dan kemudian anda akan berasa lapar semula.

      * Protein pula lebih cepat mengenyangkan serta rasa kenyang itu bertahan lebih lama.

      * Jika anda kurangkan karbohidrat (ambil portion kecil sahaja), badan anda akan membakar lemak  
        anda sebagai sumber alternatif bagi membekalkan tenaga kepada anda setiap hari. Oleh itu, badan 
        anda akan kurus dan langsing!

      3.  Jangan Berlapar! (Jaga Waktu Makan Anda)
      * Jangan lupa mengambil sarapan kerana ia akan meningkatkan kadar metabolisma badan anda. Jadi 
        kadar pembakaran lemak anda juga bertambah cepat!

      * Makan setiap 2 jam dan selangkan dengan snek ringan supaya anda tidak berasa terlalu lapar.

      * Kadar metabolisma badan anda telah menurun selepas 7.00 malam. Setiap makanan yang diambil   
        selepas itu akan dicerna dengan perlahan dan menyebabkan kegemukan.

      * Jadi, pastikan anda berdiet TANPA berlapar.

      4. Elakkan/ Kurangkan Minuman Bergula dan Berkafein
      * Contoh air bergula adalah air berkarbonat. Kandungan gula dalam air gas ini adalah sangat tinggi 
        iaitu 7-8 sudu gula bagi setiap hidangan!

      * Pengambilan gula yang berlebihan akan menyebabkan masalah kegemukan serta akan 
        mendatangkan penyakit serius seperti kencing manis.

      * Manakala kafein pula bukan sahaja menyebabkan kadar metabolisma badan menurun (kesannya 
        gemuklah!), malah juga boleh menyingkirkan nutrien seperti vitamin daripada badan anda.

      5. Minum Air Kosong 8 Gelas Sehari
      * Air kosong adalah sangat bagus untuk badan anda kerana hampir keseluruhan badan mengandungi 
        air. Maka, amalkan minum air kosong sebanyak 8 gelas (2-3 liter) setiap hari.

      * Selain itu, air yang mencukupi dapat menyingkirkan bahan perkumuhan yang tak diperlukan oleh 
        badan anda. Lemak yang telah diuraikan juga disingkirkan melalui air kencing dan perpeluhan. 

      6. Lakukan Aktiviti Fizikal/ Senaman Ringan
      * Anda digalakkan untuk melakukan aktiviti fizikal yang ringan (30 minit) setiap hari untuk bakar kalori 
        yang berlebihan dalam badan anda.

      * Cara yang paling mudah: Anda tahan nafas dalam-dalam (pada bahagian perut) selama yang 
         mungkin, kemudian lepaskan semula. Lakukan sekurang-kurangnya 7 kali sehari. Aktiviti ini akan 
         bantu mengempiskan perut anda.

      * Selain itu, apalah salahnya jika sekali- sekala anda menggunakan tangga jika office/ rumah anda tidak 
        terlalu tinggi. Malah, anda juga boleh amalkan aktiviti ini di shopping mall. Sambil shopping, sambil 
        kurus!

      7. Pilih Program Diet/ Kuruskan Badan Yang Terbaik
       * Perhatian: Jangan sesekali membuang duit anda di slimming center. Anda jejakkan kaki sahaja ke 
         dalam pejabat mereka, anda perlu bayar RM300 hanya untuk mendapatkan consultation/ khidmat 
         nasihat mereka. 

      * Jika anda fikir mesin-mesin mereka boleh menguruskan badan anda, anda silap! Akhirnya, anda akan 
        diberikan suatu jadual pemakanan yang sangat ketat sehinggakan salah satu menu anda adalah satu 
        batang lobak untuk waktu petang!

      8. Positifkan Diri Anda
      * Akhir sekali, anda buatkan satu target yang ingin anda capai seperti berapa berat yang ingin anda 
        capai dalam jangka masa tertentu. Kemudian, disiplinkan diri anda untuk mengikut perancangan yang 
        telah dibuat.

      * Timbang berat badan anda maksimum sekali sahaja dalam seminggu. Ini untuk mengelakkan anda
        kecewa jika tiada penurunan berlaku. Iyalah, anda takkan nampak kesannya dalam sehari!

      * Jika anda positifkan diri, anda akan menghasilkan result yang positif!

      Semoga Berjaya!

      Kelebihan Teh Hijau (Green Tea)

      Teh Hijau (Green Tea)

      Teh yang diperoleh dari China dibawa ke Eropah terutama Belanda dan Perancis oleh pedagang-pedagang Portugis. Bagi sebahagian masyarakat Belanda pada ketika itu, teh dijadikan minuman kalangan bangsawan sahaja.

      Di sebalik kenikmatan dan kelazatan teh, terkandung juga khasiat yang menyihatkan badan dan mampu mencegah dari serangan penyakit terutama sekali teh hijau. Banyak kajian telah membuktikan antioksidan yang terdapat dalam teh dapat melindungi tubuh daripada penyakit tertentu seperti masalah kardiovaskular, stroke dan kanser. Flanovoid iaitu sejenis antioksidan yang terdapat dalam 3 cawan teh adalah lapan kali lebih kuat dari yang diperoleh daripada sebiji epal.

      Satu kajian telah dilakukan di daerah Schizouka, Jepun pada tahun 1994. Hasilnya, kadar kematian masyarakat di situ 10 hingga 15 peratus lebih rendah dibandingkan dengan kadar kematian di daerah Jepun yang lainnya. Penyebabnya adalah kerana penduduk di situ lebih suka minum teh hijau secara teratur ditambah lagi dengan keadaan alam semulajadi yang masih terpelihara.

      Radikal bebas terbentuk secara semulajadi dalam tubuh manusia. Molekul ini dapat merosakkan sel manusia. Molekul inilah yang menjadi salah satu penyebab kanser, termasuk berbagai jenis penyakit lain seperti jantung dan penuaan. Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Cellular Biochemistry edisi Julai, kandungan polifenol yang terdapat dalam teh berperanan sebagai pencegah kanser. Daun teh hijau yang telah dikeringkan mempunyai 40% kandungan polifenol. Polifenol adalah sejenis antioksidan yang sangat kuat yang mana ia mampu meneutralkan radikal bebas yang menjadi penyebab kanser. Antara jenis kanser yang boleh dicegah ialah kanser payudara, kanser paru-paru, kanser usus besar, kanser dubur, kanser hati dan kanser pankreas.

      Berikut disenaraikan khasiat teh hijau secara ringkas :

      • Membantu membakar lemak
      Teh hijau dapat membantu mempercepat tingkat metabolisme kerana pengaruh antioksidannya yang membantu hati berfungsi secara lebih efektif.

      • Melindungi daripada hepatitis
      Hepatitis diukur dari tingginya kadar zat besi dalam hati. Teh hijau terbukti dapat menurunkan kadar zat besi di dalam badan.

      • Melindungi daripada diabetes
      Tingginya glukosa dan insulin dalam darah boleh menjadi penyebab diabetes. Polifenol dari teh hijau menghalang ´amylase´ sehingga dapat membantu menurunkan kadar gula dalam darah.

      • Mencegah keracunan makanan
      Minum teh hijau dapat menurunkan risiko keracunan makanan akibat bakteria kerana teh hijau dapat mencegah tumbuhnya bakteria berbahaya seperti ´clostridia´.

      • Menurunkan tekanan darah
      Penyebab utama hipertensi adalah sejenis enzim yang dikeluarkan oleh ginjal. Ubat hipertensi yang terkenal ialah ´ACE inhibitor´. Teh hijau merupakan ´ACE inhibitor´ semulajadi dan beberapa kajian menunjukkan tekanan darah tinggi menurun setelah diberi ekstrak teh hijau.

      Dan Lagi .....

      menurunkan kadar kolesterol
      anti oksidan / awet muda
      meransang penurunan berat badan dan membakar lemak
      melindungi fungsi ginjal
      mencegah diabetes
      mencegah keracunan
      mencegah bau mulut
      mengurangkan risiko strok
      kaya mineral dan vitamin
      membantu mencegah penyakit menyerang tubuh badan
      mencegah kerosakan gigi
      melancarkan sistem pencernaan
      mencegah hepatitis
      melindungi paru-paru daripada racun rokok

      Sekalipun memiliki banyak manfaat, perlu diingat bahawa teh juga mengandung kafein. Jika diambil secara berlebihan, ia dapat menyebabkan beberapa gangguan seperti insomnia, berdebar hati dan ketidakaturan detik jantung. Namun kandungan kafein dalam teh masih tetap lebih rendah jika dibandingkan dengan kopi atau minuman ringan bersoda.
       

      Friday, November 16, 2012

      Bagaimana Cara Menggunakan Susu Alpha Lipid SD2 ini?


      SD2 adalah program diet yang paling mudah dan murah diantara produk pelangsingan yang terdapat di pasaran. Tiada peraturan rumit untuk dituruti dan anda dijamin mencapai keberhasilan yang diidam-idamkan. Ianya hanya semudah SATU, DUA, TIGA.

      SATU - Tambahkan 2 sudu penuh SD2 kedalam 250ml air sejuk atau air biasa (jangan gunakan air panas/suam). Jika guna 350ml air sejuk lagi bagus.

      DUA - Tinggalkan makanan berLEMAK/KARBOHIDRAT dan berGULA.

      TIGA - Tingkatkan penggunaan makanan segar seperti sayur-sayuran dan makanan berprotein. 4 gelas SD2 sehari akan membekalkan anda dengan 100% zat pemakanan yang diperlukan oleh tubuh anda untuk TENAGA TINGGI dan tubuh yang RAMPING LAGI SIHAT.

      Minum 4 kali dalam sehari: Pagi, tengahari, petang dan malam sebelum tidur.
      Ambil SD2 ini 15 minit hingga 30 minit sebelum makan apa-apa makanan.

      APA YANG ANDA BOLEH MAKAN?  (Makanan berprotein)

      AYAM               LEMBU             KAMBING
      ITIK                   IKAN                 UDANG
      KETAM             SOTONG          TELUR
      SAYUR-SAYURAN TIDAK BERUBI
      AIR KOSONG / AIS

      APA YANG ANDA TIDAK BOLEH MAKAN?
      (Dilarang makan untuk kesan penurunan berat yang baik)

      NASI                 MEE                 KUEW TIOW
      BIHUN              PASTA             ROTI
      BISKUT KUIH                 GANDUM
      SAYURAN BERUBI SEPERTI KENTANG, UBI, KELEDEK, KELADI
      ALKOHOL
      KAFEIN (KOPI/TEH)                  MINUMAN RINGAN
      MINUMAN MANIS                      MINUMAN DIET (SODIUM)
      BUAH-BUAHAN
      SUSU
      GULA-GULA (MANISAN)
      GULA               OAT                  NESTUM
      TEMPE             KACANG

      Penting :
      1.  Ibu yang sedang mengandung DILARANG untuk menggunakan SD2 ini.
      2.  Pesakit DIABETES yang MENGGUNAKAN INSULIN juga dilarang.

      Jika anda sedang ‘period’ jangan mulakan dahulu diet anda kerana semasa period kadar penurunan adalah perlahan.
      Pengambilan ubat-ubatan seperti pil perancang juga akan menganggu pembakaran lemak.
      Untuk kesan penurunan yang lebih maksimum anda digalakkan untuk bersenam.

      Sila pastikan anda betul-betul bersedia untuk diet sebelum memulakan program diet untuk memastikan anda berdisiplin semasa diet dan mendapat penurunan yang diharapkan.

      LAIN-LAIN TIPS DAN PENGALAMAN SAYA

      Bagi saya, memang susah untuk berdiet melalui apa program sekali pun kerana ia melibatkan disiplin pemakanan yang agak terkawal. Ketahanan mental amat perlu. Terutama sekali bila kita melihat makanan yang sedap-sedap.

      Jadi, di sini, saya amat menekankan bahawa ketahanan mental untuk mengawal nafsu makan amat penting sekali. Semasa berdiet, kita perlu mengubah pola pemakanan kita buat sementara. Ini amat penting kerana hanya dengan cara inilah kita dapat menolong badan kita untuk menjadi kurus.

      Jadi, bagaimana untuk berjaya? Saya andaikan kita ini mempunyai penyakit GEMOK. Kita perlu berubat segera. Jika tidak, kita akan serta-merta akan mendapat sakit lain seperti darah tinggi, kencing manis, gout dan pelbagai penyakit kronik lain yang pasti akan menakutkan saya dan amat mengerikan.
      Mahu tidak mahu, saya terpaksa akur terhadap pantang larang semasa berdiet demi mendapatkan keputusan penurunan berat badan yang bagus.

      Saya juga bayangkan, “wahhhh bagus jika saya kurus. Saya pasti sihat dan dapat berlari atau buat aktiviti macam orang kurus”. Serba-sedikit, perasaan itu menaikkan lagi semangat untuk kita menjadi kurus dan seterusnya amat takut untuk melanggar pantang-larang pemakanan yang perlu kita ikuti.

      Banyak lagi tips yang kita boleh kongsikan bersama. Add saya di FACEBOOK melalui email ‘nasiryusof71@yahoo.com’ dan saya akan masukkan anda dalam group ‘BERAT IDEAL HIDUP CERIA’ di mana dalam group tu kita akan kongsikan bersama pengalaman kita dan tips-tips berguna semasa berdiet.

      Semoga anda berjaya dengan misi anda untuk menurunkan berat badan dan kelihatan lebih muda dan menawan.

      Saya sedia membantu anda dalam proses menurunkan berat badan. Jika ada sebarang pertanyaan dan kemusykilan boleh hubungi saya:

      Nasir Yusof 013-6290666, lokasi di Seksyen 20, Shah Alam, Selangor.
      Jualan di Seluruh Malaysia. Terima Kasih.

      Ready Stock

      Ready Stock

      TESTIMONI : Alpha Lipid SD2 Memang Betul-Betul Berkesan Buat Saya

      TESTIMONI : Alpha Lipid SD2 Memang Betul-Betul Berkesan Buat Saya
      Ini adalah gambar saya sendiri, SEBELUM dan SELEPAS berjaya menurunkan berat badan melalui Program Alpha Lipid Slim Diet 2 ini.

      Transformasi 8 Minggu

      Transformasi 8 Minggu
      Jika anda mempunyai keinginan yang kuat untuk KURUS.. anda pasti BERJAYA..