Apakah anda masih kekal gemuk walaupun anda dah cuba pelbagai cara untuk kuruskan badan?
Biar saya beritahu anda satu rahsia:
Jangan
harap anda nak kurus kalau anda tak tahu 8 cara asas untuk kuruskan
badan anda. Malah, jika anda betul-betul amalkannya, anda akan kurus
dengan berkesan!
Bagaimana? Teruskan bacaan anda...
Saya akan senaraikan kesemua 8 cara mudah tersebut seperti berikut:
1. Kawal Pemakanan Anda
* Pastikan anda berhenti sebelum anda rasa kenyang atau terlalu kenyang.
* Tahukah anda, setiap lebihan makanan/ kalori yang anda makan akan bertukar menjadi LEMAK jika ia
tidak dibakar melalui aktiviti harian anda.
* Fakta: Setiap lebihan 8000 unit kalori dalam badan, berat badan anda akan naik 1KG!
2. Kurangkan Karbohidrat, Lebihkan Protein
* Untuk pengetahuan anda, pengambilan karbohidrat dalam kuantiti yang banyak akan menggemukkan
badan anda. Malah karbohidrat hanya memberikan kesan kekenyangan yang sementara (2 jam
sahaja) dan kemudian anda akan berasa lapar semula.
* Protein pula lebih cepat mengenyangkan serta rasa kenyang itu bertahan lebih lama.
* Jika anda kurangkan karbohidrat (ambil portion kecil sahaja), badan anda akan membakar lemak
anda sebagai sumber alternatif bagi membekalkan tenaga kepada anda setiap hari. Oleh itu, badan
anda akan kurus dan langsing!
3. Jangan Berlapar! (Jaga Waktu Makan Anda)
* Jangan lupa mengambil sarapan kerana ia akan meningkatkan kadar metabolisma badan anda. Jadi
kadar pembakaran lemak anda juga bertambah cepat!
* Makan setiap 2 jam dan selangkan dengan snek ringan supaya anda tidak berasa terlalu lapar.
* Kadar metabolisma badan anda telah menurun selepas 7.00 malam. Setiap makanan yang diambil
selepas itu akan dicerna dengan perlahan dan menyebabkan kegemukan.
* Jadi, pastikan anda berdiet TANPA berlapar.
4. Elakkan/ Kurangkan Minuman Bergula dan Berkafein
* Contoh air bergula adalah air berkarbonat. Kandungan gula dalam air gas ini adalah sangat tinggi
iaitu 7-8 sudu gula bagi setiap hidangan!
* Pengambilan gula yang berlebihan akan menyebabkan masalah kegemukan serta akan
mendatangkan penyakit serius seperti kencing manis.
* Manakala kafein pula bukan sahaja menyebabkan kadar metabolisma badan menurun (kesannya
gemuklah!), malah juga boleh menyingkirkan nutrien seperti vitamin daripada badan anda.
5. Minum Air Kosong 8 Gelas Sehari
* Air kosong adalah sangat bagus untuk badan anda kerana hampir keseluruhan badan mengandungi
air. Maka, amalkan minum air kosong sebanyak 8 gelas (2-3 liter) setiap hari.
* Selain itu, air yang mencukupi dapat menyingkirkan bahan perkumuhan yang tak diperlukan oleh
badan anda. Lemak yang telah diuraikan juga disingkirkan melalui air kencing dan perpeluhan.
6. Lakukan Aktiviti Fizikal/ Senaman Ringan
* Anda digalakkan untuk melakukan aktiviti fizikal yang ringan (30 minit) setiap hari untuk bakar kalori
yang berlebihan dalam badan anda.
* Cara yang paling mudah: Anda tahan nafas dalam-dalam (pada bahagian perut) selama yang
mungkin, kemudian lepaskan semula. Lakukan sekurang-kurangnya 7 kali sehari. Aktiviti ini akan
bantu mengempiskan perut anda.
* Selain itu, apalah salahnya jika sekali- sekala anda menggunakan tangga jika office/ rumah anda tidak
terlalu tinggi. Malah, anda juga boleh amalkan aktiviti ini di shopping mall. Sambil shopping, sambil
kurus!
7. Pilih Program Diet/ Kuruskan Badan Yang Terbaik
* Perhatian: Jangan sesekali membuang duit anda di slimming center. Anda jejakkan kaki sahaja ke
dalam pejabat mereka, anda perlu bayar RM300 hanya untuk mendapatkan consultation/ khidmat
nasihat mereka.
* Jika anda fikir mesin-mesin mereka boleh menguruskan badan anda, anda silap! Akhirnya, anda akan
diberikan suatu jadual pemakanan yang sangat ketat sehinggakan salah satu menu anda adalah satu
batang lobak untuk waktu petang!
8. Positifkan Diri Anda
* Akhir sekali, anda buatkan satu target yang ingin anda capai seperti berapa berat yang ingin anda
capai dalam jangka masa tertentu. Kemudian, disiplinkan diri anda untuk mengikut perancangan yang
telah dibuat.
* Timbang berat badan anda maksimum sekali sahaja dalam seminggu. Ini untuk mengelakkan anda
kecewa jika tiada penurunan berlaku. Iyalah, anda takkan nampak kesannya dalam sehari!
* Jika anda positifkan diri, anda akan menghasilkan result yang positif!
Semoga Berjaya!
Welcome To My Blog ..
Saya ingin berkongsi pengalaman dengan anda, terutama yang mempunyai perut agak besar dan buncit. Jika tubuh badan di timbang, pastinya berat badan melebihi imbangan berat yang sepatutnya (berat yang ideal). Ini apa yang telah berlaku pada saya sebelum ini.
Saya memiliki ketinggian 5'02" tetapi mempunyai berat yang tidaklah berat sangat, iaitu sekitar 73 kg hingga 75 kg. Jika makan lebih, ia menjadi 75 kg dan jika puasa atau kurang makan untuk dua tiga hari, ia menjadi 73 kg. Begitulah kitaran berat badan saya sebelum ini. Sedangkan berat ideal yang saya perlu ada adalah sekitar 55 kg hingga 60 kg sahaja.
Dengan berat badan yang berlebihan, saya menjadi tidak selesa. Jalan sikit dah penat. Kalau naik tangga jangan cerita lah, memang letih. Perut pulak macam ada belon. Buncit semacam jer.. Maka, saya mengambil keputusan untuk berjogging setiap pagi selama 2 jam dan join geng batminton untuk mengeluarkan peluh dan mungkin dapat memecahkan lemak yang sekian lama tersimpan di dalam badan. Huhh, hampir 3 bulan melakukan aktiviti yang seumpama itu, namun keputusannya hanya sedikit penurunan berat badan yang berlaku. Mana tidaknyer, lepas bersukan badan terasa letih dan lapar. Jadi, makan dengan banyak lah jawabnyer. Fuhh.. bersukan memang ada penurunan berat badan, tetapi mengambil masa yang lama sehinggakan macam terasa boring pun ada..
Dalam tercari-cari kaedah untuk menurunkan berat badan, kawan saya memperkenalkan Alpha Lipid SD2 ini. Pemenang Guiness World Of Record dalam kategori pelangsing terpantas di dunia khabarnya. Hmmm bunyi agak bagus. Tanpa berlengah, saya terus mencuba. Ada pantang larang rupanya untuk menggunakan produk ini. Yer lah kan, kita ni umpama memiliki penyakit gemok, so, kenalah patuh tentang pantang larangnya. Macam orang kena penyakit kencing manis, memang dia berubat tapi pada masa yang sama dia hentam gula lebih, so tak sempurna jugalah prosesnyer. Begitu juga dengan berubat orang penyakit gemok nie.. ubat makan.. tapi kalau langgar pantang larang, gemok takkan jadi kurus.. Hmm kalau nak kurus, ubat nyer dah ada, tapi kenalah patuh dengan pantang larangnyer.. Jika mental kuat 'nak kurus, nak kurus, nak kurus', saya percaya anda pasti BOLEH KURUS melalui produk ini.
Saya hilang 13 kg dengan menggunakan 3 tin Alpha Lipid SD2 ini. Malah ada yang lebih hebat, 8 kg turun berat badan dengan hanya menggunakan 1 tin SD2 sahaja. Badan orang ni rupanya lain-lain.. Yang guna 1 tin terus dapat turun banyak tu untunglah.. saya kena 3 tin.. hu hu.. Yang pastinya Alpha Lipid SD2 ini adalah supplement yang terbaik untuk anda menurunkan berat badan.. Cubalah, anda pasti tidak akan menyesal..
Nukilan dari Nasir Yusof 013-6290666 (Shah Alam).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment