Teh Hijau (Green Tea)
Teh yang diperoleh dari China dibawa ke Eropah terutama Belanda dan
Perancis oleh pedagang-pedagang Portugis. Bagi sebahagian masyarakat
Belanda pada ketika itu, teh dijadikan minuman kalangan bangsawan
sahaja.
Di sebalik kenikmatan dan kelazatan teh, terkandung juga khasiat yang
menyihatkan badan dan mampu mencegah dari serangan penyakit terutama
sekali teh hijau. Banyak kajian telah membuktikan antioksidan yang
terdapat dalam teh dapat melindungi tubuh daripada penyakit tertentu
seperti masalah kardiovaskular, stroke dan kanser. Flanovoid iaitu
sejenis antioksidan yang terdapat dalam 3 cawan teh adalah lapan kali
lebih kuat dari yang diperoleh daripada sebiji epal.
Satu kajian telah dilakukan di daerah Schizouka, Jepun pada tahun 1994.
Hasilnya, kadar kematian masyarakat di situ 10 hingga 15 peratus lebih
rendah dibandingkan dengan kadar kematian di daerah Jepun yang lainnya.
Penyebabnya adalah kerana penduduk di situ lebih suka minum teh hijau
secara teratur ditambah lagi dengan keadaan alam semulajadi yang masih
terpelihara.
Radikal bebas terbentuk secara semulajadi dalam tubuh manusia. Molekul
ini dapat merosakkan sel manusia. Molekul inilah yang menjadi salah satu
penyebab kanser, termasuk berbagai jenis penyakit lain seperti jantung
dan penuaan. Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of
Cellular Biochemistry edisi Julai, kandungan polifenol yang terdapat
dalam teh berperanan sebagai pencegah kanser. Daun teh hijau yang telah
dikeringkan mempunyai 40% kandungan polifenol. Polifenol adalah sejenis
antioksidan yang sangat kuat yang mana ia mampu meneutralkan radikal
bebas yang menjadi penyebab kanser. Antara jenis kanser yang boleh
dicegah ialah kanser payudara, kanser paru-paru, kanser usus besar,
kanser dubur, kanser hati dan kanser pankreas.
Berikut disenaraikan khasiat teh hijau secara ringkas :
• Membantu membakar lemak
Teh hijau dapat membantu mempercepat tingkat metabolisme kerana pengaruh
antioksidannya yang membantu hati berfungsi secara lebih efektif.
• Melindungi daripada hepatitis
Hepatitis diukur dari tingginya kadar zat besi dalam hati. Teh hijau terbukti dapat menurunkan kadar zat besi di dalam badan.
• Melindungi daripada diabetes
Tingginya glukosa dan insulin dalam darah boleh menjadi penyebab
diabetes. Polifenol dari teh hijau menghalang ´amylase´ sehingga dapat
membantu menurunkan kadar gula dalam darah.
• Mencegah keracunan makanan
Minum teh hijau dapat menurunkan risiko keracunan makanan akibat
bakteria kerana teh hijau dapat mencegah tumbuhnya bakteria berbahaya
seperti ´clostridia´.
• Menurunkan tekanan darah
Penyebab utama hipertensi adalah sejenis enzim yang dikeluarkan oleh
ginjal. Ubat hipertensi yang terkenal ialah ´ACE inhibitor´. Teh hijau
merupakan ´ACE inhibitor´ semulajadi dan beberapa kajian menunjukkan
tekanan darah tinggi menurun setelah diberi ekstrak teh hijau.
Dan Lagi .....
menurunkan kadar kolesterol
anti oksidan / awet muda
meransang penurunan berat badan dan membakar lemak
melindungi fungsi ginjal
mencegah diabetes
mencegah keracunan
mencegah bau mulut
mengurangkan risiko strok
kaya mineral dan vitamin
membantu mencegah penyakit menyerang tubuh badan
mencegah kerosakan gigi
melancarkan sistem pencernaan
mencegah hepatitis
melindungi paru-paru daripada racun rokok
Sekalipun memiliki banyak manfaat, perlu diingat bahawa teh juga
mengandung kafein. Jika diambil secara berlebihan, ia dapat menyebabkan
beberapa gangguan seperti insomnia, berdebar hati dan ketidakaturan
detik jantung. Namun kandungan kafein dalam teh masih tetap lebih rendah
jika dibandingkan dengan kopi atau minuman ringan bersoda.
Welcome To My Blog ..
Saya ingin berkongsi pengalaman dengan anda, terutama yang mempunyai perut agak besar dan buncit. Jika tubuh badan di timbang, pastinya berat badan melebihi imbangan berat yang sepatutnya (berat yang ideal). Ini apa yang telah berlaku pada saya sebelum ini.
Saya memiliki ketinggian 5'02" tetapi mempunyai berat yang tidaklah berat sangat, iaitu sekitar 73 kg hingga 75 kg. Jika makan lebih, ia menjadi 75 kg dan jika puasa atau kurang makan untuk dua tiga hari, ia menjadi 73 kg. Begitulah kitaran berat badan saya sebelum ini. Sedangkan berat ideal yang saya perlu ada adalah sekitar 55 kg hingga 60 kg sahaja.
Dengan berat badan yang berlebihan, saya menjadi tidak selesa. Jalan sikit dah penat. Kalau naik tangga jangan cerita lah, memang letih. Perut pulak macam ada belon. Buncit semacam jer.. Maka, saya mengambil keputusan untuk berjogging setiap pagi selama 2 jam dan join geng batminton untuk mengeluarkan peluh dan mungkin dapat memecahkan lemak yang sekian lama tersimpan di dalam badan. Huhh, hampir 3 bulan melakukan aktiviti yang seumpama itu, namun keputusannya hanya sedikit penurunan berat badan yang berlaku. Mana tidaknyer, lepas bersukan badan terasa letih dan lapar. Jadi, makan dengan banyak lah jawabnyer. Fuhh.. bersukan memang ada penurunan berat badan, tetapi mengambil masa yang lama sehinggakan macam terasa boring pun ada..
Dalam tercari-cari kaedah untuk menurunkan berat badan, kawan saya memperkenalkan Alpha Lipid SD2 ini. Pemenang Guiness World Of Record dalam kategori pelangsing terpantas di dunia khabarnya. Hmmm bunyi agak bagus. Tanpa berlengah, saya terus mencuba. Ada pantang larang rupanya untuk menggunakan produk ini. Yer lah kan, kita ni umpama memiliki penyakit gemok, so, kenalah patuh tentang pantang larangnya. Macam orang kena penyakit kencing manis, memang dia berubat tapi pada masa yang sama dia hentam gula lebih, so tak sempurna jugalah prosesnyer. Begitu juga dengan berubat orang penyakit gemok nie.. ubat makan.. tapi kalau langgar pantang larang, gemok takkan jadi kurus.. Hmm kalau nak kurus, ubat nyer dah ada, tapi kenalah patuh dengan pantang larangnyer.. Jika mental kuat 'nak kurus, nak kurus, nak kurus', saya percaya anda pasti BOLEH KURUS melalui produk ini.
Saya hilang 13 kg dengan menggunakan 3 tin Alpha Lipid SD2 ini. Malah ada yang lebih hebat, 8 kg turun berat badan dengan hanya menggunakan 1 tin SD2 sahaja. Badan orang ni rupanya lain-lain.. Yang guna 1 tin terus dapat turun banyak tu untunglah.. saya kena 3 tin.. hu hu.. Yang pastinya Alpha Lipid SD2 ini adalah supplement yang terbaik untuk anda menurunkan berat badan.. Cubalah, anda pasti tidak akan menyesal..
Nukilan dari Nasir Yusof 013-6290666 (Shah Alam).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment