Welcome To My Blog ..


Saya ingin berkongsi pengalaman dengan anda, terutama yang mempunyai perut agak besar dan buncit. Jika tubuh badan di timbang, pastinya berat badan melebihi imbangan berat yang sepatutnya (berat yang ideal). Ini apa yang telah berlaku pada saya sebelum ini.

Saya memiliki ketinggian 5'02" tetapi mempunyai berat yang tidaklah berat sangat, iaitu sekitar 73 kg hingga 75 kg. Jika makan lebih, ia menjadi 75 kg dan jika puasa atau kurang makan untuk dua tiga hari, ia menjadi 73 kg. Begitulah kitaran berat badan saya sebelum ini. Sedangkan berat ideal yang saya perlu ada adalah sekitar 55 kg hingga 60 kg sahaja.

Dengan berat badan yang berlebihan, saya menjadi tidak selesa. Jalan sikit dah penat. Kalau naik tangga jangan cerita lah, memang letih. Perut pulak macam ada belon. Buncit semacam jer.. Maka, saya mengambil keputusan untuk berjogging setiap pagi selama 2 jam dan join geng batminton untuk mengeluarkan peluh dan mungkin dapat memecahkan lemak yang sekian lama tersimpan di dalam badan. Huhh, hampir 3 bulan melakukan aktiviti yang seumpama itu, namun keputusannya hanya sedikit penurunan berat badan yang berlaku. Mana tidaknyer, lepas bersukan badan terasa letih dan lapar. Jadi, makan dengan banyak lah jawabnyer. Fuhh.. bersukan memang ada penurunan berat badan, tetapi mengambil masa yang lama sehinggakan macam terasa boring pun ada..

Dalam tercari-cari kaedah untuk menurunkan berat badan, kawan saya memperkenalkan Alpha Lipid SD2 ini. Pemenang Guiness World Of Record dalam kategori pelangsing terpantas di dunia khabarnya. Hmmm bunyi agak bagus. Tanpa berlengah, saya terus mencuba. Ada pantang larang rupanya untuk menggunakan produk ini. Yer lah kan, kita ni umpama memiliki penyakit gemok, so, kenalah patuh tentang pantang larangnya. Macam orang kena penyakit kencing manis, memang dia berubat tapi pada masa yang sama dia hentam gula lebih, so tak sempurna jugalah prosesnyer. Begitu juga dengan berubat orang penyakit gemok nie.. ubat makan.. tapi kalau langgar pantang larang, gemok takkan jadi kurus.. Hmm kalau nak kurus, ubat nyer dah ada, tapi kenalah patuh dengan pantang larangnyer.. Jika mental kuat 'nak kurus, nak kurus, nak kurus', saya percaya anda pasti BOLEH KURUS melalui produk ini.

Saya hilang 13 kg dengan menggunakan 3 tin Alpha Lipid SD2 ini. Malah ada yang lebih hebat, 8 kg turun berat badan dengan hanya menggunakan 1 tin SD2 sahaja. Badan orang ni rupanya lain-lain.. Yang guna 1 tin terus dapat turun banyak tu untunglah.. saya kena 3 tin.. hu hu.. Yang pastinya Alpha Lipid SD2 ini adalah supplement yang terbaik untuk anda menurunkan berat badan.. Cubalah, anda pasti tidak akan menyesal..

Nukilan dari Nasir Yusof 013-6290666 (Shah Alam).


Monday, November 19, 2012

Berat IDEAL untuk Lelaki dan Wanita

Nah.. jadual di atas adalah BERAT IDEAL untuk Lelaki dan Wanita. Cuba anda check berat anda, ok tak?? Kerrr terlebih berat.. Hmmm... jika terlebih berat, anda sepatutnya melakukan sesuatu untuk mengimbangkan berat badan dengan ketinggian anda.


Pentingnya Menjaga Berat Badan Yang IDEAL

 Berat badan ideal adalah dambaan setiap orang, lelaki atau perempuan di mana dengan mempunyai berat yang ideal, anda akan kelihatan lebih sihat, tampan, cantik, menarik dan awet muda. Berat badan yang ideal juga merupakan salah satu indicator untuk menilai bahawa seseorang itu dikatakan sihat. Jika berat badan kita berlebihan (obesiti), ia akan memberikan impak yang tidak baik bagi kesihatan tubuh. Berbagai penyakit yang berhubungan dengan sistem jantung dan pembuluh darah akan menjadi ancaman bagi orang yang mengalami obesiti. Begitu juga dengan berat badan yang kurang, ia akan memberi impak yang tidak baik pula pada kesihatan.

Di zaman moden ini, banyak perkara yang menyebabkan permasalahan berat badan ini, antaranya perut akan kelihatan buncit, kolestrol akan bertambah dan pastinya akan menyebabkan obersiti. Masalah ini bukan saja terjadi pada negara maju, tetapi ia juga terjadi pada negara yang sedang berkembang. Perkara ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti keturunan, pola pemakanan yang tidak sihat, kurangnya bekalan nutrisi dalam tubuh, makan berlebihan dan terlalu banyak minum minuman soda.

Kesan yang akan diperolehi hasil dari berat yang berlebihan ini bukan saja mengganggu penampilan, tetapi ia juga boleh mengganggu kesihatan sehingga timbulnya penyakit diabetes, kanser, penyakit jantung, darah tinggi, stroke, kolestrol dan boleh juga mengakibatkan kegagalan ereksi bagi lelaki kerana 70% penyakit umumya berkaitan dengan masalah diet dan berat badan.

Oleh kerana itu, perlu kita ketahui bertapa pentingnya menjada berat badan agar tetap ideal. Berikut ini adalah tips bagaimana untuk menjaga berat badan ideal.

1.  Makan makanan yang bervariasi supaya keperluan tubuh dipenuhi oleh pelbagai nutrient.
2.  Minum banyak air putih. Paling kurang 8 gelas untuk satu hari.
3.   Kurangkan minum minuman yang manis seperti sirap, soda.
4.  Banyakkan bersukan secara teratur untuk membina pertumbuhan tulang yang kuat.

Ok lah.. dah nak Maghrib, nanti sambung lagi ok... Yang penting, tu check berat anda.. Kalau lebih, kurangkan ya. Kalau kurang, hmmm banyakkan makan lagi.. :)


1 comment:

  1. Casinos near Harrah's Casino and Racetrack in Las Vegas, NV
    Discover casinos 진주 출장샵 and other popular casinos near 고양 출장안마 Harrah's Casino 구리 출장샵 and Racetrack 서산 출장마사지 in 여주 출장안마 Las Vegas, NV.

    ReplyDelete


Ready Stock

Ready Stock

TESTIMONI : Alpha Lipid SD2 Memang Betul-Betul Berkesan Buat Saya

TESTIMONI : Alpha Lipid SD2 Memang Betul-Betul Berkesan Buat Saya
Ini adalah gambar saya sendiri, SEBELUM dan SELEPAS berjaya menurunkan berat badan melalui Program Alpha Lipid Slim Diet 2 ini.

Transformasi 8 Minggu

Transformasi 8 Minggu
Jika anda mempunyai keinginan yang kuat untuk KURUS.. anda pasti BERJAYA..