Welcome To My Blog ..


Saya ingin berkongsi pengalaman dengan anda, terutama yang mempunyai perut agak besar dan buncit. Jika tubuh badan di timbang, pastinya berat badan melebihi imbangan berat yang sepatutnya (berat yang ideal). Ini apa yang telah berlaku pada saya sebelum ini.

Saya memiliki ketinggian 5'02" tetapi mempunyai berat yang tidaklah berat sangat, iaitu sekitar 73 kg hingga 75 kg. Jika makan lebih, ia menjadi 75 kg dan jika puasa atau kurang makan untuk dua tiga hari, ia menjadi 73 kg. Begitulah kitaran berat badan saya sebelum ini. Sedangkan berat ideal yang saya perlu ada adalah sekitar 55 kg hingga 60 kg sahaja.

Dengan berat badan yang berlebihan, saya menjadi tidak selesa. Jalan sikit dah penat. Kalau naik tangga jangan cerita lah, memang letih. Perut pulak macam ada belon. Buncit semacam jer.. Maka, saya mengambil keputusan untuk berjogging setiap pagi selama 2 jam dan join geng batminton untuk mengeluarkan peluh dan mungkin dapat memecahkan lemak yang sekian lama tersimpan di dalam badan. Huhh, hampir 3 bulan melakukan aktiviti yang seumpama itu, namun keputusannya hanya sedikit penurunan berat badan yang berlaku. Mana tidaknyer, lepas bersukan badan terasa letih dan lapar. Jadi, makan dengan banyak lah jawabnyer. Fuhh.. bersukan memang ada penurunan berat badan, tetapi mengambil masa yang lama sehinggakan macam terasa boring pun ada..

Dalam tercari-cari kaedah untuk menurunkan berat badan, kawan saya memperkenalkan Alpha Lipid SD2 ini. Pemenang Guiness World Of Record dalam kategori pelangsing terpantas di dunia khabarnya. Hmmm bunyi agak bagus. Tanpa berlengah, saya terus mencuba. Ada pantang larang rupanya untuk menggunakan produk ini. Yer lah kan, kita ni umpama memiliki penyakit gemok, so, kenalah patuh tentang pantang larangnya. Macam orang kena penyakit kencing manis, memang dia berubat tapi pada masa yang sama dia hentam gula lebih, so tak sempurna jugalah prosesnyer. Begitu juga dengan berubat orang penyakit gemok nie.. ubat makan.. tapi kalau langgar pantang larang, gemok takkan jadi kurus.. Hmm kalau nak kurus, ubat nyer dah ada, tapi kenalah patuh dengan pantang larangnyer.. Jika mental kuat 'nak kurus, nak kurus, nak kurus', saya percaya anda pasti BOLEH KURUS melalui produk ini.

Saya hilang 13 kg dengan menggunakan 3 tin Alpha Lipid SD2 ini. Malah ada yang lebih hebat, 8 kg turun berat badan dengan hanya menggunakan 1 tin SD2 sahaja. Badan orang ni rupanya lain-lain.. Yang guna 1 tin terus dapat turun banyak tu untunglah.. saya kena 3 tin.. hu hu.. Yang pastinya Alpha Lipid SD2 ini adalah supplement yang terbaik untuk anda menurunkan berat badan.. Cubalah, anda pasti tidak akan menyesal..

Nukilan dari Nasir Yusof 013-6290666 (Shah Alam).


Thursday, November 29, 2012

Penghataran Segera, Hari Ni Order, Lusa Dapat.


Hai kawan-kawan.. Kita sedia maklum, Alpha Lipid SD2 ni hanya boleh di beli di Pejabat New Image, Mid Valley, KL. Yang duduk dekat-dekat sini senang lah kalau nak beli. Tapi kalau yang duduk jauh?? Agak terbatas juga rasanya kalau nak datang sini untuk beli produk New Image.

Namun, bagi yang membeli dengan saya, penghantaran segera akan dibuat. Biasanya orang yang order hari ni, saya akan kumpulkan order tersebut sehingga malam. Dalam jam 10 malam, saya akan tulis siap-siap kat kotak pembungkus tu nama, alamat dan nombor HP pembeli. Jadi senang, esok tak kelam kabut. Saya pun kekadang banyak juga kerja lain yang nak di buat. Sebelum tu, susu tu saya dah bungkus siap-siap. Ada yang 1 tin, ada yang 2 tin, ada yang 3 tin dan sebagainya. Jadi senang, tinggal tulis nama jer lagi.

Esoknyer, biasanya dalam jam 10 pagi lepas breakfast, saya terus ke pejabat GDex di Seksyen 24 Shah Alam untuk buat pengiriman kepada pembeli. Kekadang saya guna GDex, kekadang Kurier Poslaju Malaysia. Kalau bungkusan tu besar (6 tin ke atas), saya akan guna GDex sebab lagi murah jika dibandingkan dengan Poslaju. Kalau setakat 1 atau 2 tin sahaja, poslaju pulak lagi murah.. :)

Hari Lusa, biasanya anda akan dapat barang di order... Begitulah rutin penghantaran yang saya buat. Jadi, kalau kawan-kawan nak kan penghantaran segera, ORDER melalui saya OK!!!!






Ni sebahagian dari resit penghantaran melaui GDex dan Poslaju.. Terima kasih kepada anda yang mempercayai saya kerana saya akan minta bayaran dahulu sebelum pos barang.

Upah pos bergantung kepada berat dan saiz bungkusan dan lokasi anda. Secara purata nya, saya charge Rm10 (1 hingga 2 tin), Rm15 (3 hingga 4 tin) dan Rm20 (5 hingga 12 tin). Harga tu termasuk dengan upah bungkus lah yer.. :)   Boleh yer???



Saya ni jenis yang suka berjalan, tapi tak lah selalu. Contohnya, kalau saya balik kampung ker, pegi Penang ker.. saya akan post kat FB (add yer : nasiryusof71@yahoo.com). Jadi, kalau ada kawan-kawan yang nak susu ni, boleh jumpa dilokasi yang akan saya singgah. Macam tempohari, saya nak balik kampung (Teluk Intan), ada customer suruh singgah kat Tanjung Malim sebab dia nak 1 tin, so saya akan singgahlah. Dalam kes macam ni, tiada kos penghantaran dikenakan sebab tempat tu secara kebetulan saya lalui. Saya minta 30 hingga 45 minit masa anda untuk menerangkan bagaimana untuk menggunakan susu ni. Biasanya lepak kedai kopi lah kan.. Hmmm tolong bayarkan kopi O secawan boleh??

Ok lah ya, pe pe hal, boleh call saya di talian 013-6290666 atau add saya di FB melalui email nasiryusof71@yahoo.com.

TQ...

No comments:

Post a Comment


Ready Stock

Ready Stock

TESTIMONI : Alpha Lipid SD2 Memang Betul-Betul Berkesan Buat Saya

TESTIMONI : Alpha Lipid SD2 Memang Betul-Betul Berkesan Buat Saya
Ini adalah gambar saya sendiri, SEBELUM dan SELEPAS berjaya menurunkan berat badan melalui Program Alpha Lipid Slim Diet 2 ini.

Transformasi 8 Minggu

Transformasi 8 Minggu
Jika anda mempunyai keinginan yang kuat untuk KURUS.. anda pasti BERJAYA..